Influencer UNITY
Ikon Perpaduan
Ikon Perpaduan adalah Influencer mewakili UNITY. Mereka adalah barisan duta diiktiraf UNITY yang membawa suara dan misi UNITY terus kepada masyarakat. Mereka adalah individu-individu hebat dari pelbagai bidang yang komited untuk menyebarkan dakwah harmoni yang diterajui UNITY melalui kepakaran mereka masing-masing.
Mudahnya, Ikon Perpaduan adalah duta terlatih yang diiktiraf UNITY untuk menerangkan Islam kepada masyarakat pelbagai agama dengan pendekatan yang harmoni dan menyatupadukan, tanpa membelakangkan prinsip Islam.
Bro. Shah Kirit Kakulal Govidji
Pendakwah . Founder & President of Global Unity Network
Lebih dikenali sebagai Bro. Shah, beliau merupakan seorang pendakwah yang aktif dalam meyampaikan risalah Islam kepada non-Muslim dan latihan melatih pendakwah.
Sepanjang penglibatan beliau dalam arena dakwah, beliau sering mewakili Islam dalam pelbagai program dan dialog agama yang dianjurkan di Gereja, Kuil Hindu, Vihara Buddha dan mengendalikan pelbagai aktiviti dan program dakwah di dalam dan di luar Malaysia.
Atas sumbangannya, beliau telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan.
“Dakwah Seluas Lautan”