Daripada pelajar, guru, sukarelawan, malah ibubapa. Kami santuni dan mendidik pelbagai golongan supaya beliau mampu menjawab dengan logik, yakin, dan penuh hikmah. Kerana sokongan anda sehingga kini, UNITY berjaya menghasilkan pencapaian yang luar biasa sepanjang tahun 2015 – 2025
Kami komited dalam memastikan setiap usaha dan amanah yang diberikan dapat dibahagikan dengan betul supaya setiap yang dirancang dapat diterima oleh masyarakat untuk menjadi rujukan pada masa akan datang.
Sejak 2015, kami komited dalam menjalankan aktiviti latihan dae’i yang berkesan, mesra, dan berkeyakinan dengan pendekatan kontemporari & harmoni sebagai asas kepada kejayaan dakwah.
Kami sentiasa ke hadapan dalam komunikasi dan penjelasan tanpa mengira agama dipandu oleh prinsip
لَكُمْ دِيْنُكُمْ وَلِيَ دِيْنِي
‘Kepadamu agamamu, dan kepadaku agamaku’
Dawanity adalah latihan secara atas talian bagi memberi kemudahan kepada semua mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja.
Ia bertujuan menyebarkan ilmu Islam dan dakwah secara atas talian, mengurangkan prasangka, serta mempromosikan kefahaman, hormat dan perpaduan secara global.
Tidak kira melalui derma, sokongan umum atau sukarelawan, kami amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh anda. Terima kasih atas kesudian anda untuk membantu.


















DAWANITY ialah platform pembelajaran dalam talian yang memupuk keharmonian serta rasa hormat antara pelbagai komuniti di Malaysia.
Dibina untuk menyebarkan ilmu pengetahuan Islam, mengurangkan prasangka, dan memupuk persefahaman antara satu sama lain.
Menawarkan kursus mudah alih untuk Muslim dan bukan Muslim bagi membina rasa hormat, meningkatkan kesedaran, serta memupuk kefahaman.
Akses kursus dalam talian dan bina kefahaman serta pengetahuan yang lebih mendalam tentang ilmu dakwah dan pemahaman tentang Islam.
Kami sentiasa memastikan setiap operasi kewangan daripada program dan aktiviti yang dilaksanakan dapat dipaparkan dan dihimpunkan dengan telus. Setiap laporan disediakan dengan terperinci tanpa berselindung.
Adakah anda pernah terlibat dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh kami? Kami gembira untuk membantu. Hubungi tim kami atau isikan maklumat dan pertanyaan anda di borang yang disediakan.