Sempena Hari Kemerdekaan yang Ke-68, Masjid At-Taqwa TTDI KL telah menganjurkan satu acara yang melibatkan pelbagai aktiviti menarik di sana. Kami dari UNITY telah dijemput untuk menyampaikan satu tazkirah Jumaat Khas bersempena dengan hari Merdeka Malaysia.
Tajuk 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀!! 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐆𝐄𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐇𝐈𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐂𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐀𝐘𝐀𝐇 telah disampaikan oleh wakil UNITY Bro Shah Kirit (President Global UNITY Network). Program bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid At-Taqwa TTDI Kuala Lumpur, pada 29 Ogos 2025, Jumaat.
Perkongsian disampaikan sebelum solat Jumaat dan khutbah. Pelbagai info menarik dan pengajaran dapat kita dapati dari perkongsian ini. Semoga memberi hikmah kepada yang mendengar.
Sumber: Masjid At-Taqwa TTDI Kuala Lumpur