UIS x UNITY 2

Kongsi Artikel:

MoU UIS x UNITY – Symposium World Day Orang Asli (SWDOA)

Pada 23 Oktober 2025, satu anjuran daripada Universiti Islam Selangor (UIS) telah di adakan sempena SYMPOSIUM WORLD DAY ORANG ASLI (SWDOA) 2025 melalui Pusat Kajian Etnik Orang Asli (CIES) yang bertemakan “Orang Asli dan Masyarakat Arus Perdana: Sinergi Ukhuwah Menuju Kehidupan Sejahtera.” Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Dr. Latifa Bibi Musafar Hameed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri) yang mewakili Naib Canselor UIS, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah.

Menurut Dr. Latifa Bibi, SWDOA 2025 merupakan platform penting dalam memperkukuh ukhuwah dan memperkasa komuniti Orang Asli melalui jaringan ilmu dan kolaborasi strategik. “Simposium ini mengiktiraf dan menyokong identiti serta perjuangan masyarakat Orang Asli. UIS komited memperjuangkan hak mereka dalam bidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan,” katanya.

Majlis turut menyaksikan pemeterai dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara UIS dengan Global Unity Network (UNITY) dan Pertubuhan Ihsan Madani (IHSANKU Malaysia). Perjanjian dari pihak UNITY ini ditandatangan dan diwakili oleh Tuan Shah Kirit Kakulal Govindji, Presiden UNITY dan disaksikan oleh Tuan Muhammad Asri bin Abdullah, Naib Presiden UNITY. Manakala di pihak UIS, MoU ditandatangani oleh Dr. Latifa Bibi dan disaksikan oleh Dr. Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Pengarah, CIES.

Kerjasama strategik ini merangkumi bidang penyelidikan, penerbitan, latihan industri, pembangunan dakwah dan penglibatan komuniti serta akan berkuat kuasa selama tiga tahun bermula September 2025 hingga Ogos 2028.

Sumber: UIS

Artikel Lain Yang Menarik