Kami komited dalam menjalankan aktiviti latihan dae’i yang berkesan, mesra, dan berkeyakinan dengan pendekatan kontemporari & harmoni sebagai asas kepada kejayaan dakwah. Kader UNITY terdiri daripada pelajar pelajar sekolah hinggalah ke Pejabat Mufti.
Kursus ini merupakan kursus asas dakwah harmoni yang dibawakan oleh UNITY bertujuan untuk melahirkan pendakwah kontemporari yang mampu menyampaikan mesej-mesej Islam secara berhikmah dan menjawab soalan soalan lazim terhadap Islam.
Kursus ini dianjurkan di bawah kelolaan pengurusan FBI untuk melahirkan pendakwah yang dapat menangani cabaran kehidupan pada zaman kini yang mana banyak isu berkenaan dengan murtad, pengurusan muallaf dan gejala sosial yang semakin meningkat. Konflik antara agama dan kaum juga menjadi jurang kesalahfahaman antara masyarakat. Jadi kursus ini di adakan untuk membantu para pendakwah untuk menangani isu ini secara proaktif, intelek dan berhemah.
Kursus ini diwujudkan untuk melatih ilmu dan teknik untuk sesiapa yang berminat menjadi penceramah perbandingan agama dengan lebih efektif dan versatil. Hal ini disebabkan, terdapat kekurangan penceramah dalam bidang dakwah perbandingan agama yang berpengetahuan dalam mendepani isu-isu kontemporari ini. Jadi pihak UNITY ingin melahirkan bakal-bakal penceramah yang berwibawa dan aktif dalam menyampaikan isu-isu yang berkenaan agar dapat menarik lagi minat orang ramai.
Asatizah kurang mendapat pendedahan tentang ancaman akidah yang sedang membarah dalam masyarakat. Demi mendedahkan asatizah tentang ancaman aqidah yang kian berleluasa, kursus Managing Offensive Strike on Spiritual, Aqidah & Dakwah (MOSSAD) ini direka.
Kursus Creating Impactful Daei (C.I.D) dibuat untuk memantapkan daei sedia ada dalam menangani pelbagai cabaran, antaranya isu liberal, LGBT, MURTAD, pengurusan muallaf, gejala sosial serta konflik antara agama dan kaum secara proaktif, intelek dan berhemah berdasarkan uruf Malaysia.
UFO merupakan satu pasukan yang bergerak menyantuni bukan Muslim (Non-Muslim). Pasukan ini bergerak menemui pelancong dan berkongsi mesej-mesej keindahan Islam sekaligus memperbetulkan persepsi dan salah faham terhadap Islam. Masyarakat luar perlu mendapat maklumat tentang Islam dengan betul dan jelas.
Core UNITY Team (CUTe) adalah sukarelawan aktif UNITY yang selama ini membantu mengerakkan kerja kerja kesukarelawanan dan program-program UNITY. CUTe merupakan tulang belakang UNITY dalam membantu menjayakan usaha UNITY untuk memupuk hubungan harmoni antara agama dan masyarakat di Malaysia.
UNITY komited melahirkan pembina jambatan keharmonian di kalangan Mualaf. Daripada tahun 2015 lagi UNITY telah menjalankan kerjasama program keharmonian di kalangan Mualaf dengan puluhan agensi kerajaan dan NGO Islam di dalam & luar negara di antaranya ialah;
1.Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
2.Majlis Agama Islam Selangor
3.Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
4.Pertubuhan Saudara Baru Al Kauthar
5.Institut Dakwah Islamiah PERKIM
6.Islamic Union of Hong Kong
Semenjak 2015 lagi UNITY telah terlibat dalam pembangunan modul-modul dakwah & istitabah bersama dengan majlis majlis agama di seluruh negara secara lansung dan tidak lansung.
Alhamdulillah, pada tahun 2019 UNITY telah dilantik sebagai pembangun utama Modul Istitabah untuk Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan seterusnya pada 2021 untuk Jabatan Mufti Negeri Perak.
Kini UNITY sedang bergerak menuju ke skala global. Memaju ke hadapan untuk menjayakan misi dakwah harmoni ini supaya impak yang dihasilkan dapat disasarkan kepada mereka yang ingin mempelajari agama Islam.