Merapatkan Jurang Perbezaan

Silang Agama

Kami sentiasa ke hadapan dalam komunikasi, penjelasan dan pertemuan tanpa mengira agama dipandu oleh prinsip: ‘Kepadamu agamamu, dan kepadaku agamaku’ (لَكُمْ دِيْنُكُمْ وَلِيَ دِيْنِي).

Dialog Silang Agama

Kami ingin melahirkan pendakwah yang dapat menggunakan pendekatan yang harmoni dalam menguruskan isu perbezaan pendapat dalam agama untuk menerangkan Islam kepada non-Muslim dengan menggunakan metadologi dan skil yang terbaik.

Islam 101

Tujuan utama perlaksanaan kursus ini adalah untuk menyampaikan mesej dan menjawab salah faham terhadap islam kepada non-Muslim. Aktiviti ini dapat menambahkan rasa hormat terhadap islam serta membina hubungan kerjasama harmoni dengan non-Muslim.

Hubungan Antara Ketua Agama

Kami memastikan mengikuti perkembangan semasa ke semasa dengan menjalinkan hubungan bersama ketua-ketua agama daripada agensi yang berlainan untuk memastikan perluasan dakwah agama islam dapat diterapkan dan diperluaskan lagi.