HIKMAH

Kongsi Artikel:

Kunjungan Presiden Global Network UNITY Ke Ibu Pejabat Hikmah

25 Ogos 2025, Isnin. Satu kunjungan hormat telah dibuat ke Ibu Pejabat Hikmah di Kuching, Sarawak. Kunjungan ini disertai oleh Bro Shah Kirit.

Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, YBrs. Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi menerima kunjungan daripada YBhg. Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Presiden Global Unity Network, Kuala Lumpur. Pertemuan ini menjadi medan perkongsian idea dan strategi dakwah masa hadapan, selaras dengan cabaran semasa.

Semoga ukhuwah ini menjadi pemangkin kepada gerak kerja dakwah yang lebih berkesan dan memberi manfaat luas kepada ummah, insya-Allah.

Sumber: Facebook Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH

Artikel Lain Yang Menarik