Global UNITY Network atau dikenali sebagai Pertubuhan Jaringan Perpaduan Global (PPM-001-10-28032015) ialah sebuah organisasi yang berpusat di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan ROS sejak 28 Mac 2015.
Dengan izin Allah UNITY telah dapat diasaskan oleh Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2012, Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji bersama 12 pendakwah lain. UNITY kini bergerak sangat aktif untuk membawa imej perpaduan, keamanan dan keharmonian.
UNITY berhasrat menerajui usaha membentuk perpaduan yang lebih tersusun dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di Malaysia dan menjadi hab maklumat Islam agar maklumat Islam yang sahih dapat disampaikan. Sejak ditubuhkan, UNITY telah menjalankan ratusan kursus dan program dakwah kontemporari bersama rakan strategik antaranya ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Kami di UNITY berhasrat untuk membina perpaduan global yang berteraskan ilmu sebagai asas kemajuan bersama. Melalui pendekatan ini, kami berperanan sebagai pemangkin dalam melahirkan aktivis keamanan yang proaktif dan peka terhadap isu-isu kontemporari yang melanda masyarakat dunia pada masa kini.
Pada masa yang sama, kami turut komited memperkukuhkan hubungan harmoni antara agama serta memperteguhkan akidah dan akhlak Muslim agar terbentuk sebuah komuniti global yang berintegriti, berilmu, dan berakhlak mulia.
UNITY sebagai icon perpaduan global
Dalam membentuk kesejahteraan global kami pecahkan teras kepada 3 perkara wajib yang perlu dilaksanakan untuk membawa imej perpaduan, keamanan dan keharmonian.

Sejak 2015, kami komited dalam menjalankan aktiviti latihan dae’i yang berkesan, mesra, dan berkeyakinan dengan pendekatan kontemporari & harmoni sebagai asas kepada kejayaan dakwah.

Kami sentiasa ke hadapan dalam komunikasi, penjelasan dan pertemuan tanpa mengira agama dipandu oleh prinsip: ‘Kepadamu agamamu, dan kepadaku agamaku’ (لَكُمْ دِيْنُكُمْ وَلِيَ دِيْنِي).

Dawanity bertujuan menyebarkan ilmu Islam dan dakwah secara atas talian, mengurangkan prasangka, serta mempromosikan kefahaman, hormat dan perpaduan secara global.
Kami di UNITY menyediakan pelbagai kursus asas dakwah, program komuniti serta bimbingan dari segi akidah dan pengetahuan umum berkenaan agama islam agar dapat melahirkan pendakwah kontemporari yang mampu menyampaikan mesej-mesej Islam secara berhikmah dan dapat menangani cabaran dunia masa kini secara proaktif.
Disebalik tabir UNITY ada pasukan yang menjadi tulang belakang dan sentiasa berterusan memberi sumbangan tanpa jemu. Membawa imej perpaduan untuk menyatukan seluruh ummah supaya agama Islam dikenali diseluruh pelosok dunia tanpa mengira kaum dan agama. Mereka ini menjadi tonggak pemangkin utama dalam menggapai misi dan visi UNITY.

















